Singapore

Australia

Philipines

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Followers

Tuesday, April 20, 2010

Sajak Cinta Hakiki - Best Jugak Ler



Janganlah kerana cinta kita jadi buta
Tak nampak realiti dan fantasi
Berpijaklah dibumi nyata, dan ukurlah baju di badan sendiri
Jangan bersandar pada hati semata kerana hati yang kosong akan mati,
Sentiasa berbolak balik dan menyesatkan malah bisa menghayalkan.

Berbeza pula jika hati terisi, lurus dan telus.
Jangan pula ikut nafsu,pasti jadi lesu,
Hanya nafsu yang jahat membuat kita jadi jahat.
Berbeza pula jika berpandu pada akal yang jadi penasihatm hati akan jadi baik,tulus dan ikhlas.

Namun akal saja tidak mencukupi jika tidak di tadbir dengan keimanan.
Ibarat pemandu penunjuk jalan arah hidup.
Gabungan akal dan iman akan menjadikan hati baik,bersih dan sedia menerima cinta.
Ramai yang ada HATI tapi MATI.
Ramai yang ada akal tapi tiada iman, menjadi penyebab utama akal tewas dengan nafsu lantas menguasai hati.

Dan kesannya,tiada lagi kewarasan dalam bercinta.
Hati yang suci murni tidak mengira untuk siapa
Hanya matlamat budi yang utama.
Kita tidak mencari cinta yang buta tapi kita mencari hati yang suci dan kebahagiaan yang hakiki.

Source: Putera30 PhotoGrapher And Designer

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...